7/9/2014
20 minggu 5 hari - i'm halfway done!
Trimester 2
135 hari lagi sebelum EDD 20 Januari 2015
281 days happily married
Ikutkan checklist (sape nak checklist keperluan brg baby leh emel ke sarahsulaiman@ymail.com), mmg byk lagi nak kena beli, tapi skg dah start riki stroller baby, jalan2 pegi shopping mall ada hobi baru, tgk stroller anak orang!
Stroller ni kalau bleh nak beli satu jela untuk travel n jalan2, xnak bazir beli banyak2 kan, jadinya banyak kedai jugak aku tgk stroller ni dari Penang sampai ke KL sampai ke Bandar Baru Bangi dok mencari... (ya aku mmg cerewet!, bertabahla BabyZ yang dok rajin menendang skang ni) :p
Antara ciri-ciri yang perlu ada kat stroller, ni yg aku fikirkan perlu lah untuk BabyZ
1. Boleh guna dari newborn sampai at least 2 tahun
Kena tanya org jual tu, berapa kemampuan stroller tu, biasanya sampai 25kg (4thn), ada yang leh tahan sampai 15kg(2thn) macamtu..
Untuk aku mmg cari yang leh tampung berat lebih sket. Diulang, sbb dok fikir kalau BabyZ ikut ude-bak jadi comel debab masa kekecik kan, leh la guna lama stroller tu..
memangla nanti sudahnya anak takmau duk dalam stroller kan, nak duk kat tmpt letak barang ikea ape semua tu je kannnn
(senang je kan kak, letak anak dalam tu...heee)
(bayangkan ade babyZ dalam tu. hewhew~))
2. Lightweight & senang lipat
Takmau la yang berat melampau, dahla bini askor kan, kang ude-bak jauh, dah nangis sorang2 nak angkat babyZ lagi, nak angkat stroller lagi...
yang senang lipat pun jadi pilihan, ada yang leh lipat satu tangan, ada jenis kena tarik dia punya tali, ada yang lipat payung (ni senang nak masuk bonet, jimat space), macam2 la..
3. Reversible handle (Boleh rear-facing & foward facing)
yang ni penting sbb kalau newborn kita nak tgk baby tu, kot muak ke, semut ke (semut lagi), apape la, yang penting dapat tgk keadaan BabyZ cemana,
kebanyakkan stroller yang dah berkenan, leh ngadap depan je, kalau dah besar takleh duk kat baby carrier tu, dah jadi mengadap depan je kan.. kalau aku, mmg cari yang leh ngadap depan tgk jalan ngn ngadap mak bapak dia balik..
4. Ruang barang besar/ luas
Ni untuk kemudahan letak beg barang baby la termasuk barang shopping, biasa je tgk kan...
Ude-bak mmg heran memula kenapa nak besar2 yang kecik je cukup la kata dia...
Tapi nanti nak letak beg barang baby lagi, bukannya sikit barang dia kan, baju bersih, pampers, tuala lap, botol, diapers bag semua tu kan bukannya ringan sangat, dari nak galas, baik cari yang muat nak simpan kat stroller tu, mana tau nak kena jalan sorang2 nanti, tak ke naya kat badan nak angkut beg barang tuuu...
(okla untuk letak barang baby, brg shopping skali. eh? wahaha)
5. Recline angle
Mmg mencari yang leh baring full, half, ngn leh duduk, walopon leh letak tilam nak tinggikan ke ape babyZ tu nanti, aku tetap nak cari yang leh baring full, mana tahu nanti dah besar sikit, anak nak baring selesa kan..sbb ada stroller yang leh baring half je, aku lak rasa macam tak selesa..
6. Full set siap carseat
Biasanya stroller akan ada carseat yang leh pasang jadi baby carrier dan ada adapter untuk pasang kat kaki stroller tu, so senang kalau nak angkut dari kete letak terus kat kaki stroller yang sama..
7. Fully padded
Ada yang nipis, ada yang gebu, kalau nipis sangat sampai tekan2 pun leh rasa besi stroller tu, kesian jugak kat budak nanti, tapi kalau nak lagi selesa, leh je beli tilam stroller banyak jual dalam RM50 macamtu...
8. Warna
Biasala untuk baby boy nak cari biru la kan, kalau girl nk cari pink2,
kalau aku nk cari warna gelap sikit, senang kalau dah lama tak nampak keruh sangat....
ada yang aku minat sangat tapi warna biru cair pulak, bila fikir nak pakai lama2 jadi keruh warnanya, terus tak jadi nak beli..
9. Material
Ada dari plastik, ada dari besi, ada susah spare-part ada senang cari, ada berat, ada ringan, yang imported harga ribu riban tu opkos la ringan kan.. semua ni nak kena tgk dia punya fungsi gak, kang beli memahal, tapi tak ikut selera tak guna juge kan.....
10. Tempat letak kaki boleh tutup
satu
lagi, tempat letak kaki, nak yang leh angkat jadi mangkuk, maknanya
kalau tgh baring full tu, kaki tak terjuntai keluar, boleh angkat untuk
cover kaki tu,
mmg ada seat belt tak bagi baby jatuh, tapiiiiii
memandangkan dok tgk banyak anak orang tido kaki terjuntai, rasa kesian
pulak... huhu
(ni contoh tempat letak kaki jadi terjuntai sbb tak boleh angkat tu...)
11. Roda
Ada jenis roda 3, roda 4, tayar angin, tayar plastik, macam2 jenis, ikut la korang nak bawak pegi mana. baik cari yang kukuh kan, kalo nk pegi Zoo ke, jalan pasir, jalan berbatu, masuk sopim mall ke leh je guna..
12. Kanopi, seat belt, penghadang kaki, pengunci roda
kena siap ngn tempat intai baby bila dah tutup kanopi tu takdela baby cam lemas je kat dalam tu tertutup semua...
Bila dah jejalan banyak kedai, akhirnya berkenan kat SCR10 yang leh pakai dgn carseat SCR7 sbb semua ada ciri2 yg aku nak tu...
(ude-bak testing tolak SCR10)
(ni yang bila baring bleh tutup lapik kaki jadi macam mangkuk)
(ni masa duduk, lapik kaki tu leh turunkan balik)
Antara yang minat sebelum jumpa SCR10
Last-last jalan kat curve, berkenan kat SCR10
demo SCR10 + SCR7 from youtube
Setel jumpa SCR10 ni , skang misi cari online seller yang jual harga kasih sayang pulak... by Disember dah beli la stroller ni... skg leh tukar cari benda lain plak :)
Mak
1100h
7/9/2014
No comments:
Post a Comment