Showing posts with label scr10 stroller. Show all posts
Showing posts with label scr10 stroller. Show all posts

Monday, 15 September 2014

22 minggu: Bila dah berkenan Stroller SCR10 + carseat SCR7!

16/9/2014  

22 minggu 

Trimester 2

126 hari lagi, EDD 20 Januari 2015

290 days happily married

your baby's the size of a papaya!

During month five, the average fetus measures about 10.5 to 11.8 inches and weighs about 12.7 to 20.8 ounces.

  • Now that he's got more developed eyes and lips, he's looking even more like a newborn.
  •  
  • He's sleeping in cycles -- about 12 to 14 hours per day (hint: they're probably those times you're not feeling any kicks!).



Masuk 22 minggu ni, mmg rasa baby gerak tu kuat jugak la.. ude-bak pun dah selalu kena tendang-tanduk ngn anak.. :) 



satu lagi, bila baring akan rasa susah nak nafas, kena tinggikan bantal baru ok sikit, bila ngiring ke kiri pun sama jugak susah nak nafas tu.. lain2 semua ok.. selera makan pun elok, asek lapo jer....



smalam lpk2 kat umah ingat nak rest je malas nk kuo, skali ude-bak pancing ajak kuo cari barang baby, okla, merayau dari Manjaku Wangsa Delima, dapatla cukupkan list2 brg yg nk kena beli, ada lagi macam breast pump semua masih dok review2,


baguih untuk elak ruam2 kat pelipat










orang dok cek checklist, ude-bak main game....


pastu pegi Manjaku Ampang, ada stroller SCR 10 ngn carseat SCR7,



biasalah lelaki kan, ude-bak suh beli teruih je siap cakap nanti model tu takde stok masa nak beli kalau lambat2.. cehhh baik punya ayat...


teruih la beli, malam tu balik pasang!


carseat SCR7






ni yang paling suka sebab seat boleh jadi mangkuk~

kanopi pun besar~

nak duduk, bleh kepak turun bahagian letak kaki

carseat SCR7 boleh pasang kat kaki yang sama, sesuai utk baby

boleh jadi rocker atau tempat lepak statik kat bawah

lipat

lepas ni tinggal nak cuci barang baby jelah, bln 12 baru nak kemas bilik baby, skg ni barang beli semua dah siap dlm plastik tunggu baby lagi 18 minggu! 

2 Oktober appoinment utk full internal scan baby kat Klinik Dr Kamariah, rinduuuu nak tgk baby buat ape kat dalam skang ni asek tgk perut bergerak kiri kanan jer... :) 



Saturday, 6 September 2014

12 Tips Memilih Stroller Baby!

7/9/2014  
20 minggu 5 hari - i'm halfway done!
Trimester 2
135 hari lagi sebelum EDD 20 Januari 2015

281 days happily married
         Ikutkan checklist (sape nak checklist keperluan brg baby leh emel ke sarahsulaiman@ymail.com), mmg byk lagi nak kena beli, tapi skg dah start riki stroller baby, jalan2 pegi shopping mall ada hobi baru, tgk stroller anak orang!
        Stroller ni kalau bleh nak beli satu jela untuk travel n jalan2, xnak bazir beli banyak2 kan, jadinya banyak kedai jugak aku tgk stroller ni dari Penang sampai ke KL sampai ke Bandar Baru Bangi dok mencari... (ya aku mmg cerewet!, bertabahla BabyZ yang dok rajin menendang skang ni) :p
        Antara ciri-ciri yang perlu ada kat stroller, ni yg aku fikirkan perlu lah untuk BabyZ
1. Boleh guna dari newborn sampai at least 2 tahun
Kena tanya org jual tu, berapa kemampuan stroller tu, biasanya sampai 25kg (4thn), ada yang leh tahan sampai 15kg(2thn) macamtu.. 
Untuk aku mmg cari yang leh tampung berat lebih sket. Diulang, sbb dok fikir kalau BabyZ ikut ude-bak jadi comel debab masa kekecik kan, leh la guna lama stroller tu..
memangla nanti sudahnya anak takmau duk dalam stroller kan, nak duk kat tmpt letak barang ikea ape semua tu je kannnn 


(senang je kan kak, letak anak dalam tu...heee)

 (bayangkan ade babyZ dalam tu. hewhew~))


2. Lightweight & senang lipat
Takmau la yang berat melampau, dahla bini askor kan, kang ude-bak jauh, dah nangis sorang2 nak angkat babyZ lagi, nak angkat stroller lagi...
yang senang lipat pun jadi pilihan, ada yang leh lipat satu tangan, ada jenis kena tarik dia punya tali, ada yang lipat payung (ni senang nak masuk bonet, jimat space), macam2 la.. 
 
3. Reversible handle (Boleh rear-facing & foward facing)
yang ni penting sbb kalau newborn kita nak tgk baby tu, kot muak ke, semut ke (semut lagi), apape la, yang penting dapat tgk keadaan BabyZ cemana, 
kebanyakkan stroller yang dah berkenan, leh ngadap depan je, kalau dah besar takleh duk kat baby carrier tu, dah jadi mengadap depan je kan.. kalau aku, mmg cari yang leh ngadap depan tgk jalan ngn ngadap mak bapak dia balik..
4. Ruang barang besar/ luas
Ni untuk kemudahan letak beg barang baby la termasuk barang shopping, biasa je tgk kan... 
Ude-bak mmg heran memula kenapa nak besar2 yang kecik je cukup la kata dia... 
    Tapi nanti nak letak beg barang baby lagi, bukannya sikit barang dia kan, baju bersih, pampers, tuala lap, botol, diapers bag semua tu kan bukannya ringan sangat, dari nak galas, baik cari yang muat nak simpan kat stroller tu, mana tau nak kena jalan sorang2 nanti, tak ke naya kat badan nak angkut beg barang tuuu...
(okla untuk letak barang baby, brg shopping skali. eh? wahaha)
5. Recline angle 
Mmg mencari yang leh baring full, half, ngn leh duduk, walopon leh letak tilam nak tinggikan ke ape babyZ tu nanti, aku tetap nak cari yang leh baring full, mana tahu nanti dah besar sikit, anak nak baring selesa kan..sbb ada stroller yang leh baring half je, aku lak rasa macam tak selesa..

6. Full set siap carseat
Biasanya stroller akan ada carseat yang leh pasang jadi baby carrier dan ada adapter untuk pasang kat kaki stroller tu, so senang kalau nak angkut dari kete letak terus kat kaki stroller yang sama.. 
7. Fully padded
Ada yang nipis, ada yang gebu, kalau nipis sangat sampai tekan2 pun leh rasa besi stroller tu, kesian jugak kat budak nanti, tapi kalau nak lagi selesa, leh je beli tilam stroller banyak jual dalam RM50 macamtu...
8. Warna
Biasala untuk baby boy nak cari biru la kan, kalau girl nk cari pink2,
kalau aku nk cari warna gelap sikit, senang kalau dah lama tak nampak keruh sangat....
ada yang aku minat sangat tapi warna biru cair pulak, bila fikir nak pakai lama2 jadi keruh warnanya, terus tak jadi nak beli..


9. Material
Ada dari plastik, ada dari besi, ada susah spare-part ada senang cari, ada berat, ada ringan, yang imported harga ribu riban tu opkos la ringan kan.. semua ni nak kena tgk dia punya fungsi gak, kang beli memahal, tapi tak ikut selera tak guna juge kan.....
10. Tempat letak kaki boleh tutup
satu lagi, tempat letak kaki, nak yang leh angkat jadi mangkuk, maknanya kalau tgh baring full tu, kaki tak terjuntai keluar, boleh angkat untuk cover kaki tu,
 mmg ada seat belt tak bagi baby jatuh, tapiiiiii memandangkan dok tgk banyak anak orang tido kaki terjuntai, rasa kesian pulak... huhu
(ni contoh tempat letak kaki jadi terjuntai sbb tak boleh angkat tu...)
 11. Roda
Ada jenis roda 3, roda 4, tayar angin, tayar plastik, macam2 jenis, ikut la korang nak bawak pegi mana. baik cari yang kukuh kan, kalo nk pegi Zoo ke, jalan pasir, jalan berbatu,  masuk sopim mall ke leh je guna..

12. Kanopi, seat belt, penghadang kaki, pengunci roda
kena siap ngn tempat intai baby bila dah tutup kanopi tu takdela baby cam lemas je kat dalam tu tertutup semua...


       Bila dah jejalan banyak kedai, akhirnya berkenan kat SCR10 yang leh pakai dgn carseat SCR7 sbb semua ada ciri2 yg aku nak tu...
 (ude-bak testing tolak SCR10)


(ni yang bila baring bleh tutup lapik kaki jadi macam mangkuk)


(ni masa duduk, lapik kaki tu leh turunkan balik)




Antara yang minat sebelum jumpa SCR10







Last-last jalan kat curve, berkenan kat SCR10 

demo SCR10 + SCR7 from youtube


Setel jumpa SCR10 ni , skang misi cari online seller yang jual harga kasih sayang pulak... by Disember dah  beli la stroller ni... skg leh tukar cari benda lain plak :)

Mak
1100h
7/9/2014