Saturday 8 September 2018

Tak pasti Child Restraint System (CRS) / Child Car Safety Seat , perlu pasang mengadap depan (forward facing / FF) atau mengadap belakang (rear facing / RF) ?



‎السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
‎بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Syukur alhamdulillah untuk ibu bapa yang dah gunakan CRS untuk anak masing-masing. Tapi nak letak anak RF atau FF  ye?



Menurut saranan National Highway Traffic Safety Administration (NHTSA) & American Academy of Paediatric (AAP) kanak-kanak perlu kekal di CRS secara mengadap belakang sehingga mencapai spesifikasi limit tinggi atau berat CRS masing-masing sekurang-kurangnya 2 tahun atau lebih!




Pasang CRS secara RF adalah 5x LEBIH SELAMAT berbanding secara FF mengikut impak hentakan dan terutamanya mengelak kecederaan serius pada tengkok, bahu  dan tulang belakang anak jika mereka masih kecil 😫



Maaf sangat kena share gambar  info mengenai RF sebab nampak ramai kawan-kawan letak anak secara RF tetapi belum sampai had minimum umur at least 2 tahun!






Anggaplah saya cakna keselamatan anak anda ya, takde niat lain 😘

Lebih lama anak duduk secara RF lebih bagus! Extended rear facing dah lama diamalkan ibu bapa di negara yang mempunyai undang-undang pemakaian CRS.

Malaysia? Mohon  Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mempercepat perlaksanaan mewajibkan pemakaian CRS negara ini 😍

Tapi takkan nak tunggu undang-undang baru nak amalkan? Kita mula hari ini demi keselamatan anak-anak 😘





Jangan lupa baca manual CRS anda mengenai limit berat dan tinggi yang dibenarkan untuk pasang secara RF dan juga manual kenderaan anda mengenai pemasangan CRS.

Jom ubah harini guna CRS dengan selamat. 😍

Ada info tambahan? Jom kongsi sama-sama di sini 😘

#BuckleUpRearFacingvsFowardFacing

Monday 27 August 2018

Pakai Child Restraint System (CRS) Leceh Melambatkan Masa Travel?






Kalau tak mula ajar hari ini, bila anak akan belajar untuk sedia?

Bila pakai child restraining system (CRS) untuk anak ni, biasanya kena tambah lagi 2 jam dari masa sebenar perjalanan 🚙  ⌚ leceh kan?

Biasa kalau check maps boleh drive 6 jam pergi Perak dari Klate, tapi jadi 8 jam bila bawa anak dgn CRS...
sebab ape? 
BF anywhere, everywhere tapi masa kereta berhenti ye!

Kena stop R&R bila anak menangis nak menyusu.... bahaya dan tak boleh ye angkat anak dari CRS untuk “menyusu sekejap” kalau kereta bergerak. Ingat ye sekelip mata kalau nak jadi ape-ape, jangan menyesal nanti 😫


Stop rehatkan badan tunggu abg Zarif pergi tandas 😁


Kalau anak tak tidur, jumpa je tempat rehat, kami  berhenti buka buckle bagi anak regangkan badan.... kita yang duduk saja pun kadang lenguh kan? Jadi takdela boleh straight je travel tu biar anak dalam CRS.. 💤 



Lagi? Kalau dia meragam, menangis, melalak sekalipun masa kete bergerak, tak boleh angkat keluar pangku. Tunggu sampai next perhentian baru check masalah dia. 

Bila kereta dah stop baru lah tgk diapers ok? Takde benda bahaya kat CRS? Kot ada terduduk mainan? Benda tajam kat CRS? Perut dah kenyang? Kalau semua tu ok, biasanya budak ni mengada je nak merayau dalam kete, lepaskan buckle sekejap pastu kena ajar bagi masa contohnya “ok 5 minit je lepastu kena duduk di car seat” 🤨

Memang lambat jadi tambah masa nak travel , “susah” nak ajar anak sedia duduk di CRS ni. Tapi kalau hari ni tak mula, sampai bila nak pangku anak dalam kereta? 



“Ala, anak dah 5 orang semua tak duduk car seat elok selamat je....”

“Kereta sempit nanti tak boleh orang tumpang kalau letak car seat...”

Yada..yada.....

Susahkan dulu usaha menunggu nak mengandung, bawa perut sana sini.... ? 



Tapi sanggup  nak jadi calon tajuk news kes anak sendiri tercampak keluar kereta, meninggal terhentak kat dashboard? 😢 



Ajal maut mmg ketentuan Allah. Tapi sekurang-kurangnya kita dah usaha letak anak di CRS dengan betul dan selamat. 😣

Ape lagi alasan kita hari ini? Nak seribu daya, tak nak seribu dalih kan? 

Nak belajar & cari info penggunaan CRS boleh join FB page :  Child Passenger Safety Malaysia (CPSM) - https://www.facebook.com/groups/cpsmalaysia.org/









#BuckleUp

Monday 23 July 2018

♥️ TRAVEL DAN BAWA CHILD CAR SEAT DALAM KAPAL TERBANG? ♥️


Siapa baru nak cari child restraining system (CRS) untuk anak? 


Jangan lupa cari CRS  yang Federal Aviation Administration (FAA) approved iaitu CRS yang  selamat  digunakan dalam kapal terbang selain kereta 😘


1. Check pada manual CRS mengenai label stiker FAA approved. 







2. Hubungi airline sebelum buat belian tiket kapal terbang. Ada juga polisi yang tidak membenarkan pemakaian CRS tetapi diganti dengan sistem CARES harness contohnya Firefly airlines. (rujukan CARES safety harness on flights : http://kidsflysafe.com/ ) 


Tambahan info: 

1. Polisi Air Asia mengenai CRS : 

https://support.airasia.com/s/article/Can-I-take-a-child-car-seat-en?language=en_GB

2. Masih belum ada tambahan polisi CRS pada web MAS : tiada larangan bertulis

https://www.malaysiaairlines.com/tw/en/plan-your-trip/infants-children.html


3. Tidak dibenarkan penggunaan baby seat pada polisi Firefly: clause 4.2, 

http://www.fireflyz.com.my/flight/general-conditions-carriage/clause-4




3. Bagi anak yang berusia bawah 2 tahun (infants) perlu beli full cost child tickets jika nak guna CRS. Untuk anak yang 2 tahun lebih, cuma perlu maklumkan pada airlines mengenai CRS anda selepas anda semak polisi mereka tiada halangan mengenai pemasangan CRS

Kegigihan seorang bak mengangkut CRS anak

4. Semak adakah CRS anda boleh digunakan di lokasi yang dituju? Contohnya jika anda mempunyai CRS US standart, anda tidak boleh menggunakannya di Australia kerana tidak mengikut polisi CRS di negara berkenaan. 

Masa ni dah mental dah kena jalan jauh di airport Kuching, Sarawak tak jumpa troli hahaha

5. Semak manual pemasangan CRS adakah ia memerlukan lap-shoulder belt? Jika ya, ia tidak boleh digunakan di dalam kapal terbang kerana hanya pemasangan melalui lap belt dan tanpa tether anchors pada kerusi kapal terbang. Most European seats are not airlines approved since they requires lap - shoulder belt installation. American Standard car seat normally will be Aircraft approved tetapi check pada manual sebelum pembelian.

Hantar bak dulu bagi setel, tak setel jugak baru mak masuk mengadap ground crew 3 orang barulah boleh bawak naik untuk jumpa air crew huhu

6. Untuk membawa masuk CRS, berdasarkan pengalaman kami, staff di kaunter check in tak membenarkan CRS digunakan di dalam kapal terbang, jadi minta untuk bercakap dengan air crew dan tunjuk label stiker FAA approved pada CRS bagi membolehkan CRS anda digunakan pada seat anak anda 😘 boleh request belt extender untuk pasang CRS. 

Untuk flight kali ni route kami guna Malaysia Airlines (MAS) flight dari Kota Bharu transit ke KLIA untuk ke Sarawak. 

CRS: Graco Extend2Fit 

Buckle Up! Bawa CRS sendiri anak duduk dalam flight pun selesa dan lebih selamat.  Bila sampai lokasi boleh terus pasang dalam kereta sewa. 😘 tiada alasan untuk travel dan tak guna CRS ye 😬

Ada info lain? Jom tambah info...


#CarseatAwareness #BuckleUp #CarseatOnBoardMalaysiaAirlines

Carseat policy malaysia airlines, flying with kids malaysia airlines, carseat malaysia airlines, infants allowance malaysia airlines, travel with kids malaysia airlines, bawa carseat naik kapal terbang malaysia airlines, bawa carseat semasa travel, bawa carseat naik MAS, polisi carseat MAS, polisi carseat malaysia, bawa carseat travel, graco, graco extend2fit malaysia, gracoextend2fit review, carseat faa approved malaysia, carseat faa approved malaysia airlines, faa approved, carseat di malaysia, guna carseat dalam kapal terbang, guna carseat dalam MAS, cara bawa carseat naik kapal terbang, carseat cabin kapal terbang, cara travel dengan carseat, child restraining system (crs) malaysia, buckle up, carseat safety malaysia, carseat awareness malaysia, carseat bagus malaysia, cara pilih carseat berbaloi, carseat di dalam airlines, carseat budak, carseat bagus, carseat pakai sampai besar, carseat tahan lama, carseat terbaik, foward facing carseat, polisi air asia carseat, polisi firefly carseat, carseat di sarawak,

Sunday 25 January 2015

38 minggu 5 hari: my surges 3 hari story

Baby Z : Hari ke 13

421 days happily married



Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah 

Fresh fr d oven

My not-so-natural birth story, tapi alhamdulillah tujuan utama no episiotomy, tak jahit, Berjaya! 


12 Januari 2015, 1025h, Isnin,  21 Rabiulawal 1436 selesai satu perjuangan, pertarungan, penantian nak tunggu baby Z lahir.. 


surges perut mengeras2 start Sabtu 10 januari lagi.  Masa checkup kat GMC Dr Hamiza scan mmg dok rasa mengeras2 sgt. Buat ctg, v.e dah 3cm Dr suh admit terus masa tu.. Ehhhh surges tu mmgla senak perut jadinya tapi bearable lgpun baru 3cm kot.. 


Terus aku ngn ude-bak lari hosp, tak admit pun haritu. Siap pegi makan2 jalan2 kat jusco pastu balik rumah malam baru msg Dr ckp tak jadi masuk wad.. 



mlm tu mmg buat natural inducer lagi ngn ude-bak.  Mihmihmih..

jelly like bloody show pun muncul malam tu jugak.. Masa tu baru 38 minggu 3 hari. Dok fikir izzit time?  Sbb minggu lepasnya dok cery-bery pun duk fikir.. Emm dah dekat masa kot ni...


Esoknya 11 januari jadual mmg full. Nak pegi potluck,  kenduri kawen kat putrajaya n ampang la kononnya.


Baru kat potluck kg warisan, nak makan minum ape semua tak lalu. Perut dok mengeras lebih kurang 10 mins skali mcmtu... Sambil2 duduk sempat makan sikit je pastu tak tahan p masuk dlm kete. Kensel pegi putrajaya, ajak pegi GMC. Sampai sana ve lagi. 


Eh 3cm gak lagi, time tu nurse tanya nak admit tak aku ckp oklah admit sbb sakit mcm ape je kan time tu... 


Nurse tanya dah makan ke belum sbb lpas ni xleh makan berat, nak masuk air nak induce katanya. 


Eh ehhh terus aku pancung, takkan xleh makan, anddd takmo masuk air ke cucuk tahan sakit apape sbb dah bincang ngn Dr dah birth plan semua nak natural pain..


Nurse cam wat muka sket time tu nurse ckp "kalau taknak masuk air takmau induce, lambat la nak tunggu laluan bukak" siap perli aku lak nape smalam tak admit la ape la... 


Aku ckp kat dia takpe bagi saya bincang ngn suami dlu nanti saya bgtahu balik.. Mmg la aku xnak masuk air ke ape medical interventions epidural, induce semua ni.. So, tak lagi masuk wad haritu. 


Balik rumah dah ptg, mula la kisah layan surges atas katil sampai tak lalu nak makan apape. Minum air je. Masa tu dah menonggeng tonggang terbalik dah. Kjp main gym ball, kjp bgn hip sway, Peh.


Perut mengeras ya amat. Jadi kompius masa tu sbb ada orang ckp mcm sakit senggugut kalau nak tbranak. Aku kalo senggugut mmgla sampai demam. Tapi perut mengeras ni tak sama pun cam senggugut. Lebih kpd rasa mcm kena electric shock. 


Ude bak tlg masat pun kejap2 menjadi, kejap2 mcm tak hilang pun sakitnya.  Sudahnya mlm tu dia tido.


 Aku teruskan layan surges siap baru nak download apps contraction timer.. Surges kejap selang 5 minit.  Kjp 2, 3,4 minit.  Sempat lagi google jumpa kalau surges berbeza ni lebih kpd practice-labour. Haha.




 Okk layan lagi surges.. Tp sepanjang layan surges tu darah mmg turun sikit2 mcm period tu. Ude bak msg dr Hamiza,  dr ckp turun darah mcmtu takyah risau. Tunggu air ketuban pecah je katanya..  


Layan2 surges tu dekat2 kul 0400h-ish Isnin, sempat lagi kejut ude-bak mintak maaf. Manatahu kot2 umur tak panjang ke time nak branak nanti.  Ude bak senyum je sambil gosok kepala aku. Ehh tak jwb pun maaf ke tak. Huhu.. 


Layan surges lagi siap masuk bath tub pun tak menjadi sbb darah turun lagi. Masuk bilik suh ude bak urut sikit. Dkat2 subuh mcmtu rasa tak selesa, terus muntah 4x mmg banyak isi perut keluar, darah pun banyak gile turun. 


Ok jom pegi GMC, jalan dari bilik nak ke keta pun mmgla payah. Surges laju je dtg. Sampai GMC nurse suh masuk labour room yg super sejuk aircond dia,  v.e dah 7cm!! Nurse pesan jangan teran lagi nanti dalam terkoyak teruk katanya..


Duk lyn surges sambil ude bak suap air, kurma, kopi HKCC, ude bak siap ingatkan aku utk deep breathing bisik kat telinga.. Mmg membantu deep breathing tapi ya Allah surges mmg la tak tahu nak cakap cemana peritnya!


Ude-bak lpk tepi main hp, kejap dia tido duduk, pastu pegi tido bsandar kat dinding.  Time tu dia nak urut pun aku rasa tak selesa. Dia letak tgn kat kaki aku tanya nak ape lagi pun aku rasa tak selesa. Huhuu.. Terus dia tido lepas dah siap pacak camera video SJ4000 kat tepi. 


Annoying je pulak  dgn bunyi mesin ngn ctg strap tu, aku cabut je letak tepi, nurse plak dtg pasangkan balik.. Sudahnya aku suh ude bak bukak, simpan dlm laci. Aman hidup sekejap!


 sambil duduk pegang ude-bak,  goyang2 buat hip sway. Nurse suh baring aku ckp tak selesa nak baring.  Haha cam tensen je nurse tu pepagi nak mlyan aku. 


Sampai satu tahap aku rasa nak terkencing.  Nurse tak bagi pegi toilet takut tbranak tgh jln katanya.  Dia pakai tube je. 


 Pastu aku rasa nak terberak. Nurse ckp mmgla rasa mcm nak berak, siap pesan jangan teran. Ehh aku mmg rasa nak terberak betul ni... Dia kata jgn teran plak.. Huhh... 


Sbb aku pegi class AMANI haritu kan, ada la idea sket cemana rupa kalau dah full bukaan tu. 


Terus sendiri raba bawah, eh eh mcm dah ready je ni. Apesal dorg tak bagi aku teran kan? Suh ude bak tanya nurse, rupanya Dr Hamiza tak sampai lagi ada kat skolah anak setelkan 1st day masuk skolah. 


Mmg rasa nak ngamuk la aku masa tu bila dngar nurse jawab mcmtu.. Sabar..sabar... Layan surges lagi... 


Time tu aku nekad dah, kalau rasa nak terberak atau rasa nak teran je lagi, mmg aku nak teran je. Nasibla kalau keluar tahi, dorang kemaslah. Haha.. 


Elok je tak lama pastu Dr Hamiza pun sampai.. Dia cek cakap ok kepala baby mmg dah kat depan dah tunggu air ketuban pecah dah boleh branak.. Layan2 surges air ketuban pun pecah lencun rasa....


Mula la kisah nak meneran, oh aku layan meneran sambil duduk bukan baring, tak selesa pulak nak cangkung sbb katil dia kecik takut jatuh. Kikikii...   


Adelah dlm 3 @ 4 kali stop masa teran tu sbb aku nye nafas pendek2. nurse ngn Dr dok cakap "lagi..lagi sikit lagi.. Ha dah nampak rambut dia terpacak keluar" 


Aku lak time tunggu surges nak teran tu sempat ingatkan Dr

 "saya taknak gunting tau" 

"Iyeee sarah, awak dah bagitahu saya aritu.. Ok ni baby dah kat depan dah ni takleh lelama nanti lemas, air ketuban dah hijau baby berak dah..." 


 Dr jawab sambil dok main2 kepala baby ude-bak ckp mmg kepala baby dah nampak...


wahaha, patut ude bak yg ingatkan, ude bak tak cakap,  aku yg cakap. Yg penting  ingatkan mana tahu dia lupa tak pasal kena gunting..seriauuuu...

1st nak teran tu sakitnya Ya Allah, siap nangis, Dr pesan nafas kena betul2 jangan nangis nanti baby stress dia takmo keluar.


Last skali punya teran seingat aku mmg curi nafassss siap rasa takde nafas pun aku tolak gak lagi.  Mmg teran sembelit la kata orang pastu 

*pofffff


Rasa kepala baby keluar terus ngan badan siap air ketuban pun percik keluar sampai kena seluar ude bak kat tepi. Haaa amekla sorang sikit..


Ya Allah mmg lah.... Hilang semua sakit yg ada bila tgk baby :') 


Dr hamiza letak baby kat dada terus utk breastfeed, time tu mmg nampak baby dah berak banyakkkk, nurse sedut mulut baby...


 baby z bersih je selain tahi hijau kat bontot dia, kepala ada lah darah sikit2, berkat minum air kelapa banyak2 kot bila dah 8 bln... 


Baby nangis, ude bak pun kiss dahi aku.. Ok touching sendiri masa tu. Alhamdulillah, tanda cinta dah selamat dilahirkan. 


Nurse dtg nak cucuk kat peha tp aku tak dengar sgt ape dia ckp.  Lebih kpd nak cepatkan uri keluar dia kata....


Nasib baikla dah pegi class kan, terus aku ckp kat dia takpe saya nak tunggu uri keluar sendiri, alhamdulillah dapat DCC dkat 20 minit mcmtu,  mmg ada rasa mcm surges nak branak jugak masa dok tunggu uri tu jatuh.. :) 


Part kedua paling best selain branak pagi tu masa Dr Hamiza check koyak. 


"1st degree tear je ni, takde bleeding pun kat situ, tak payah jahit ni..."


Mmg berbunga la aku dengau tak payah jahit kan.. Alhamdulillah Allah makbulkan doa, sbb mmg aku taknak gunting n jahit yg paling utama. 


Berbaloi usaha yg aku buat utk tak gunting n koyak sbb nak elak jahit. Next entry aku citer cemana cara eh.. 

Skang nak sambung ngempeng! 

Alhamdulillah...

Ahmad Zarif Muhaimin bin Ahmad Zahri Muda 





Mak
25 januari 15

Friday 9 January 2015

38 Minggu: Apa dalam beg hospital saya?


38 minggu 3 hari

Trimester3

11 hari lagi sebelum EDD 20 Januari 2015

405 days happily married
 


Alhamdulillah... anytime now! Baby Z pun dah engage, check kat hosp pun doc cakap bebila masa je dah leh bsalin. standby saje... 


Latest check up masa 3/1/2015 babyZ dah 2.96kg, berat baby makin naik, tp berat maknye turun sikitttt....doc cakap baby tinggi n besar. eheh. tau la baka mak n baknye kan...


Stakat cek hari tu, alhamdulillah, air ketuban normal, tali pusat takde bersilang kat mana-mana, baby heart beat ok & my blood pressure ok, uri tak halang laluan, posisi dah ok, tunggu masa jer... sblm sampai masa nya mmg keje makannnnn jee....

Ok bila dah nak dkat2 bsalin ni, sebenarnya orang nasihat suh standby beg nak bawak p hosp tu start masuk bln ke 7 mengandung lagi.. mana tahu baby nak keluar awal ke kan... 


dahla ramai kengkawan yg patut EDD dekat2 semua dah slamat bersalin.. so mmg EDD tu ESTIMATED je. bukan expired date ke ape, no surge, no baby :) 


Beg hosp aku wat 3 beg. aceheheh.. banyak plak kan. satu beg kain aku ngan anak. satu beg baju ude-bak, satu lagi beg utk isi F&B. takde la beg gabak benau. beg kecik je. tp ckup la bajet2 untuk dua hari satu malam punye brg..


Baju baby untuk masuk labour room (opkos wane biru), aku pek sesiap asing, so kot terkalut2 nanti takde la ude bak berkecah nk amek barang dalam beg, kang salah amek ke, salah pasang ke kan.....pastu masa susun, pek tu letak atas skali. senang kojo eh.


FOR LABOUR ROOM


PEK TERUS MACAMNI
TRAVEL SET & LAMPIN & WIPES
BAJU BABY & TUALA + BARUT + NAPKIN

MINYAK TELON































SUSU KAMBING SKBP + HKCC + HORLICKS




  makanan n minuman termasuklah kurma & power bar, dan ude-bak punye kopi CCFM

 
mcak!bukak beg terus nampak pek kecik


SIAP MASUK KETE


 

 Tu barang BabyZ, dalam beg tu jugak ade barang maknye, termasukla kain batik, tshirt, stokin, tudung, tuala, maternitypad, charger, disposable panties, nursing bra, sweater, toiletries, massage oil (minyak herbanika Nona Roguy), beg plastik (baju kotor), selipar, tisu tandas, buku merah checkup, GL (kalau kes emergency kena pegi HAT Mizan), set baju nak pakai balik rumah, SJ4000, hair dryer (keringkan rambut lepas mandi bersalin). 

Utk dokumen juga, natural birth plan juga standby sesiap, dua set, satu set yg selit dalam buku checkup, satu lagi standby utk bagi nurse bila nak bsalin nanti...

Tu jelah, next appt Sabtu ni. oh skang dah tukar checkup kat Gombak Medical Centre (GMC), dgn Dr Hamiza, & ada booking kat Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Wangsa Maju (HAT Mizan) jugak. 

Mak,
9/1/15