Monday, 27 August 2018

Pakai Child Restraint System (CRS) Leceh Melambatkan Masa Travel?






Kalau tak mula ajar hari ini, bila anak akan belajar untuk sedia?

Bila pakai child restraining system (CRS) untuk anak ni, biasanya kena tambah lagi 2 jam dari masa sebenar perjalanan ๐Ÿš™  ⌚ leceh kan?

Biasa kalau check maps boleh drive 6 jam pergi Perak dari Klate, tapi jadi 8 jam bila bawa anak dgn CRS...
sebab ape? 
BF anywhere, everywhere tapi masa kereta berhenti ye!

Kena stop R&R bila anak menangis nak menyusu.... bahaya dan tak boleh ye angkat anak dari CRS untuk “menyusu sekejap” kalau kereta bergerak. Ingat ye sekelip mata kalau nak jadi ape-ape, jangan menyesal nanti ๐Ÿ˜ซ


Stop rehatkan badan tunggu abg Zarif pergi tandas ๐Ÿ˜


Kalau anak tak tidur, jumpa je tempat rehat, kami  berhenti buka buckle bagi anak regangkan badan.... kita yang duduk saja pun kadang lenguh kan? Jadi takdela boleh straight je travel tu biar anak dalam CRS.. ๐Ÿ’ค 



Lagi? Kalau dia meragam, menangis, melalak sekalipun masa kete bergerak, tak boleh angkat keluar pangku. Tunggu sampai next perhentian baru check masalah dia. 

Bila kereta dah stop baru lah tgk diapers ok? Takde benda bahaya kat CRS? Kot ada terduduk mainan? Benda tajam kat CRS? Perut dah kenyang? Kalau semua tu ok, biasanya budak ni mengada je nak merayau dalam kete, lepaskan buckle sekejap pastu kena ajar bagi masa contohnya “ok 5 minit je lepastu kena duduk di car seat” ๐Ÿคจ

Memang lambat jadi tambah masa nak travel , “susah” nak ajar anak sedia duduk di CRS ni. Tapi kalau hari ni tak mula, sampai bila nak pangku anak dalam kereta? 



“Ala, anak dah 5 orang semua tak duduk car seat elok selamat je....”

“Kereta sempit nanti tak boleh orang tumpang kalau letak car seat...”

Yada..yada.....

Susahkan dulu usaha menunggu nak mengandung, bawa perut sana sini.... ? 



Tapi sanggup  nak jadi calon tajuk news kes anak sendiri tercampak keluar kereta, meninggal terhentak kat dashboard? ๐Ÿ˜ข 



Ajal maut mmg ketentuan Allah. Tapi sekurang-kurangnya kita dah usaha letak anak di CRS dengan betul dan selamat. ๐Ÿ˜ฃ

Ape lagi alasan kita hari ini? Nak seribu daya, tak nak seribu dalih kan? 

Nak belajar & cari info penggunaan CRS boleh join FB page :  Child Passenger Safety Malaysia (CPSM) - https://www.facebook.com/groups/cpsmalaysia.org/









#BuckleUp

No comments:

Post a Comment