Saturday 8 September 2018

Tak pasti Child Restraint System (CRS) / Child Car Safety Seat , perlu pasang mengadap depan (forward facing / FF) atau mengadap belakang (rear facing / RF) ?



‎السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
‎بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Syukur alhamdulillah untuk ibu bapa yang dah gunakan CRS untuk anak masing-masing. Tapi nak letak anak RF atau FF  ye?



Menurut saranan National Highway Traffic Safety Administration (NHTSA) & American Academy of Paediatric (AAP) kanak-kanak perlu kekal di CRS secara mengadap belakang sehingga mencapai spesifikasi limit tinggi atau berat CRS masing-masing sekurang-kurangnya 2 tahun atau lebih!




Pasang CRS secara RF adalah 5x LEBIH SELAMAT berbanding secara FF mengikut impak hentakan dan terutamanya mengelak kecederaan serius pada tengkok, bahu  dan tulang belakang anak jika mereka masih kecil 😫



Maaf sangat kena share gambar  info mengenai RF sebab nampak ramai kawan-kawan letak anak secara RF tetapi belum sampai had minimum umur at least 2 tahun!






Anggaplah saya cakna keselamatan anak anda ya, takde niat lain 😘

Lebih lama anak duduk secara RF lebih bagus! Extended rear facing dah lama diamalkan ibu bapa di negara yang mempunyai undang-undang pemakaian CRS.

Malaysia? Mohon  Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mempercepat perlaksanaan mewajibkan pemakaian CRS negara ini 😍

Tapi takkan nak tunggu undang-undang baru nak amalkan? Kita mula hari ini demi keselamatan anak-anak 😘





Jangan lupa baca manual CRS anda mengenai limit berat dan tinggi yang dibenarkan untuk pasang secara RF dan juga manual kenderaan anda mengenai pemasangan CRS.

Jom ubah harini guna CRS dengan selamat. 😍

Ada info tambahan? Jom kongsi sama-sama di sini 😘

#BuckleUpRearFacingvsFowardFacing

Monday 27 August 2018

Pakai Child Restraint System (CRS) Leceh Melambatkan Masa Travel?






Kalau tak mula ajar hari ini, bila anak akan belajar untuk sedia?

Bila pakai child restraining system (CRS) untuk anak ni, biasanya kena tambah lagi 2 jam dari masa sebenar perjalanan 🚙  ⌚ leceh kan?

Biasa kalau check maps boleh drive 6 jam pergi Perak dari Klate, tapi jadi 8 jam bila bawa anak dgn CRS...
sebab ape? 
BF anywhere, everywhere tapi masa kereta berhenti ye!

Kena stop R&R bila anak menangis nak menyusu.... bahaya dan tak boleh ye angkat anak dari CRS untuk “menyusu sekejap” kalau kereta bergerak. Ingat ye sekelip mata kalau nak jadi ape-ape, jangan menyesal nanti 😫


Stop rehatkan badan tunggu abg Zarif pergi tandas 😁


Kalau anak tak tidur, jumpa je tempat rehat, kami  berhenti buka buckle bagi anak regangkan badan.... kita yang duduk saja pun kadang lenguh kan? Jadi takdela boleh straight je travel tu biar anak dalam CRS.. 💤 



Lagi? Kalau dia meragam, menangis, melalak sekalipun masa kete bergerak, tak boleh angkat keluar pangku. Tunggu sampai next perhentian baru check masalah dia. 

Bila kereta dah stop baru lah tgk diapers ok? Takde benda bahaya kat CRS? Kot ada terduduk mainan? Benda tajam kat CRS? Perut dah kenyang? Kalau semua tu ok, biasanya budak ni mengada je nak merayau dalam kete, lepaskan buckle sekejap pastu kena ajar bagi masa contohnya “ok 5 minit je lepastu kena duduk di car seat” 🤨

Memang lambat jadi tambah masa nak travel , “susah” nak ajar anak sedia duduk di CRS ni. Tapi kalau hari ni tak mula, sampai bila nak pangku anak dalam kereta? 



“Ala, anak dah 5 orang semua tak duduk car seat elok selamat je....”

“Kereta sempit nanti tak boleh orang tumpang kalau letak car seat...”

Yada..yada.....

Susahkan dulu usaha menunggu nak mengandung, bawa perut sana sini.... ? 



Tapi sanggup  nak jadi calon tajuk news kes anak sendiri tercampak keluar kereta, meninggal terhentak kat dashboard? 😢 



Ajal maut mmg ketentuan Allah. Tapi sekurang-kurangnya kita dah usaha letak anak di CRS dengan betul dan selamat. 😣

Ape lagi alasan kita hari ini? Nak seribu daya, tak nak seribu dalih kan? 

Nak belajar & cari info penggunaan CRS boleh join FB page :  Child Passenger Safety Malaysia (CPSM) - https://www.facebook.com/groups/cpsmalaysia.org/









#BuckleUp

Monday 23 July 2018

♥️ TRAVEL DAN BAWA CHILD CAR SEAT DALAM KAPAL TERBANG? ♥️


Siapa baru nak cari child restraining system (CRS) untuk anak? 


Jangan lupa cari CRS  yang Federal Aviation Administration (FAA) approved iaitu CRS yang  selamat  digunakan dalam kapal terbang selain kereta 😘


1. Check pada manual CRS mengenai label stiker FAA approved. 







2. Hubungi airline sebelum buat belian tiket kapal terbang. Ada juga polisi yang tidak membenarkan pemakaian CRS tetapi diganti dengan sistem CARES harness contohnya Firefly airlines. (rujukan CARES safety harness on flights : http://kidsflysafe.com/ ) 


Tambahan info: 

1. Polisi Air Asia mengenai CRS : 

https://support.airasia.com/s/article/Can-I-take-a-child-car-seat-en?language=en_GB

2. Masih belum ada tambahan polisi CRS pada web MAS : tiada larangan bertulis

https://www.malaysiaairlines.com/tw/en/plan-your-trip/infants-children.html


3. Tidak dibenarkan penggunaan baby seat pada polisi Firefly: clause 4.2, 

http://www.fireflyz.com.my/flight/general-conditions-carriage/clause-4




3. Bagi anak yang berusia bawah 2 tahun (infants) perlu beli full cost child tickets jika nak guna CRS. Untuk anak yang 2 tahun lebih, cuma perlu maklumkan pada airlines mengenai CRS anda selepas anda semak polisi mereka tiada halangan mengenai pemasangan CRS

Kegigihan seorang bak mengangkut CRS anak

4. Semak adakah CRS anda boleh digunakan di lokasi yang dituju? Contohnya jika anda mempunyai CRS US standart, anda tidak boleh menggunakannya di Australia kerana tidak mengikut polisi CRS di negara berkenaan. 

Masa ni dah mental dah kena jalan jauh di airport Kuching, Sarawak tak jumpa troli hahaha

5. Semak manual pemasangan CRS adakah ia memerlukan lap-shoulder belt? Jika ya, ia tidak boleh digunakan di dalam kapal terbang kerana hanya pemasangan melalui lap belt dan tanpa tether anchors pada kerusi kapal terbang. Most European seats are not airlines approved since they requires lap - shoulder belt installation. American Standard car seat normally will be Aircraft approved tetapi check pada manual sebelum pembelian.

Hantar bak dulu bagi setel, tak setel jugak baru mak masuk mengadap ground crew 3 orang barulah boleh bawak naik untuk jumpa air crew huhu

6. Untuk membawa masuk CRS, berdasarkan pengalaman kami, staff di kaunter check in tak membenarkan CRS digunakan di dalam kapal terbang, jadi minta untuk bercakap dengan air crew dan tunjuk label stiker FAA approved pada CRS bagi membolehkan CRS anda digunakan pada seat anak anda 😘 boleh request belt extender untuk pasang CRS. 

Untuk flight kali ni route kami guna Malaysia Airlines (MAS) flight dari Kota Bharu transit ke KLIA untuk ke Sarawak. 

CRS: Graco Extend2Fit 

Buckle Up! Bawa CRS sendiri anak duduk dalam flight pun selesa dan lebih selamat.  Bila sampai lokasi boleh terus pasang dalam kereta sewa. 😘 tiada alasan untuk travel dan tak guna CRS ye 😬

Ada info lain? Jom tambah info...


#CarseatAwareness #BuckleUp #CarseatOnBoardMalaysiaAirlines

Carseat policy malaysia airlines, flying with kids malaysia airlines, carseat malaysia airlines, infants allowance malaysia airlines, travel with kids malaysia airlines, bawa carseat naik kapal terbang malaysia airlines, bawa carseat semasa travel, bawa carseat naik MAS, polisi carseat MAS, polisi carseat malaysia, bawa carseat travel, graco, graco extend2fit malaysia, gracoextend2fit review, carseat faa approved malaysia, carseat faa approved malaysia airlines, faa approved, carseat di malaysia, guna carseat dalam kapal terbang, guna carseat dalam MAS, cara bawa carseat naik kapal terbang, carseat cabin kapal terbang, cara travel dengan carseat, child restraining system (crs) malaysia, buckle up, carseat safety malaysia, carseat awareness malaysia, carseat bagus malaysia, cara pilih carseat berbaloi, carseat di dalam airlines, carseat budak, carseat bagus, carseat pakai sampai besar, carseat tahan lama, carseat terbaik, foward facing carseat, polisi air asia carseat, polisi firefly carseat, carseat di sarawak,