Saturday, 8 September 2018

Tak pasti Child Restraint System (CRS) / Child Car Safety Seat , perlu pasang mengadap depan (forward facing / FF) atau mengadap belakang (rear facing / RF) ?



‎السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
‎بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Syukur alhamdulillah untuk ibu bapa yang dah gunakan CRS untuk anak masing-masing. Tapi nak letak anak RF atau FF  ye?



Menurut saranan National Highway Traffic Safety Administration (NHTSA) & American Academy of Paediatric (AAP) kanak-kanak perlu kekal di CRS secara mengadap belakang sehingga mencapai spesifikasi limit tinggi atau berat CRS masing-masing sekurang-kurangnya 2 tahun atau lebih!




Pasang CRS secara RF adalah 5x LEBIH SELAMAT berbanding secara FF mengikut impak hentakan dan terutamanya mengelak kecederaan serius pada tengkok, bahu  dan tulang belakang anak jika mereka masih kecil 😫



Maaf sangat kena share gambar  info mengenai RF sebab nampak ramai kawan-kawan letak anak secara RF tetapi belum sampai had minimum umur at least 2 tahun!






Anggaplah saya cakna keselamatan anak anda ya, takde niat lain 😘

Lebih lama anak duduk secara RF lebih bagus! Extended rear facing dah lama diamalkan ibu bapa di negara yang mempunyai undang-undang pemakaian CRS.

Malaysia? Mohon  Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mempercepat perlaksanaan mewajibkan pemakaian CRS negara ini 😍

Tapi takkan nak tunggu undang-undang baru nak amalkan? Kita mula hari ini demi keselamatan anak-anak 😘





Jangan lupa baca manual CRS anda mengenai limit berat dan tinggi yang dibenarkan untuk pasang secara RF dan juga manual kenderaan anda mengenai pemasangan CRS.

Jom ubah harini guna CRS dengan selamat. 😍

Ada info tambahan? Jom kongsi sama-sama di sini 😘

#BuckleUpRearFacingvsFowardFacing